Syaiful Qahhar merupakan seorang usahawan yang mengusahakan produk makanan iaitu Kuey Pai Tee dibawah jenama Aishah’s Kitchen. Penyediaan kuey pai tee turut disertakan set penuh termasuk kuah sedap dan inti sayuran goreng yang enak, dimana sesuai dimakan untuk seisi keluarga. Set kuey pai tee tediri daripada sarung kulit pai tee dimana ia boleh dimakan begitu sahaja disebabkan rasanya seakan kuih loyang manis. Kuah yang sedap dan istimewa merupakan ‘killer’ dalam box Kuey Pai Tee yang membuatkan rasa kuey pai tee itu lebih enak dimakan. Sayuran yang terdiri daripada sengkuang,timun dan lobak merah disaluti dengan bawang puteh dan digaul serta digoreng dengan lada sulah membuatkan aroma sayuran menjadi lebih enak dan sedap dimakan bersama kuey pai tee.
Produk beliau mendapat tempahan bukan sahaja di dalam kawasan daerah kerian tetapi di seluruh kawasan utara. Beliau memasarkan produk kuey pai tee melalui ejen sekitar kawasan utara. Musim pandemik Covid-19 telah membuatkan beliau kini meluaskan empayar perniagaannya dengan penjualan di atas talian melalui platform Facebook.
Syaiful Qahhar mengambil gambar produk kuey pai tee
bagi tujuan pengiklanan.

Keistimewaan Kuey Pai Tee
