Taman Pinggiran Sungai Kerian
Lokasi terbaik untuk bersukan tidak kira ketika waktu pagi mahupun petang iaitu di Taman Pinggiran Sungai Kerian. Ruangan kosong yang berada di Taman Pinggiran Sungai Kerian ini membolehkan anda untuk melakukan aktiviti rekreasi bebas seperti bermain badminton, lompat tali dan banyak lagi bersama keluarga. Disebabkan taman ini bersebelahan dengan Sungai Kerian, maka pastinya akan ada aktiviti memancing bagi yang malas mencari lokasi menarik tetapi ingin lepaskan gian. Selain itu, laluan yang sederhana panjang di sini seperti kebiasaan digunakan untuk aktiviti berjogging dan berbasikal.

Pemandangan pada waktu petang di Taman Pinggiran Sungai Kerian ini sangat mendamaikan dan menambahkan mood ketika melakukan aktiviti riadah. Lebih lagi jika mereka yang datang ke sini untuk merehatkan minda, pasti akan berpuas hati dengan pemandangan di sini.
(Sumber : Sungai Kerian / Parit Buntar)
