Maklumat Pi1M

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebara Maklumat Nasional atau dalam bahasa inggerisnya National Information Dissemination Centre (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan dengan matlamat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan dalam kemahiran digital agar komuniti setempat berupaya menyertai serta mengambil peluang dalam ekonomi digital.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  • Menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti setempat.
  • Mengasah kemahiran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi pendigitalan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Taman Kurau Lestari menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :
 
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah telah dipertanggungjawabkan kepada kami.
 
PENGURUS
 
LETAK GAMBAR DISINI
 
Nama : Puan Syaza Ezriana
Mula berkhidmat : 01 Januari 2022
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
LETAK GAMBAR DISINI
 
Nama : Kamarul Aripin Md Saman
Mula berkhidmat : 28 Oktober 2022