mcmc
Komuniti

Program MCMC Microsoft AI Teach

Transformasi digital adalah satu trend yang sedang membentuk semula ekonomi global yang mempengaruhi masyarakat, ekonomi, dan Pembangunan kerjaya. Sehubungan dengan itu, MCMC dan Microsoft Malaysia menganjurkan “AI TEACH – Program Peningkatan Kemahiran Digital” untuk seluruh masyarakat Malaysia. Program di Negeri Perak juga dijayakan dengan kerjasama Digital Perak. Berikut adalah maklumat program:

Tarikh: 24 & 25 Ogos 2024

Masa: 9:00 Pagi – 6:00 Petang

Lokasi: Hub Inovasi dan Multimedia (HiM), Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

Kami percaya bahawa teknologi digital dan AI mampu membawa peluang baru dari segi pembangunan kerjaya anda. Oleh itu, sesi secara virtual turut akan berlangsung di beberapa lokasi NADI bagi mereka yang tidak dapat menghadiri sesi secara fizikal di Meru.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencari tahu tahap minat warga Perak terhadap program ini. Oleh itu, kami ingin meminta anda untuk mengisi juga borang pendaftaran supaya kami boleh menganjur sesi lain di lokasi berlainan di Perak berdasarkan permintaan anda! ?

Sertai kami untuk latihan: https://forms.office.com/r/YYJGrrjwkU

Kriteria penyertaan:

18 tahun ke atas

Komited dalam mencari pekerjaan dan peluang dalam Pembangunan kerjaya selepas latihan secara konsisten

Boleh menghadiri 2 hari latihan dan 1 hari majlis pelancaran