mcmc
Laporan Aktiviti

Mini Program NADI & Komuniti

30 November 2025, hampir 100 pengunjung telah hadir bersama-sama meriahkan program ini. Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan seperti, teka jumlah gula-gula, taklimat dan kuiz KIS, taklimat NADI Perkhidmatan Pintar, taklimat AIFA, taklimat Nexus MCMC, explorace Cybersecurity, pemeriksaan kesihatan, mewarna, pendaftaran MyDigital ID, cipta poster menggunakan canva, cabutan bertuah, tayangan video kesedaran dan pameran serta perkhidmatan Ar-Rahnu Yapiem Parit Buntar.

Turut hadir ketua kampung Parit Haji Amin, Parit Haji Napis, Parit Haji Ali, Kampung Pandak Puteh dan komuniti setempat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini bersama NADI.