mcmc
Kemudahan Asas

Masjid Jamek Al Amaniah Kedai Dua

masjid

Masjid Jamek Al Amaniah terletak lebih kurang 500m dari PEDi Taman Kurau Lestari dimana ianya merupakan masjid yang terletak di Jalan Siakap berdekatan dengan Kampung Kedai Dua dan menjadi masjid utama untuk kegunaan penduduk Islam di sekitarnya. 

Diceritakan semasa penduduk kampung hendak membina masjid di kedai dua, mereka semua membawa tanah daripada rumah masing-masing untuk membuat tambak dan orang kampung gotong royong memotong kayu. Apabila hendak mendirikan masjid cuma 21 orang sahaja yang boleh menaikkan tiang tengah masjid dan mereka naikkan pada waktu malam. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ialah tempat wudhu’, telekung, sejadah, ruang makan, ruang memasak, parkir, ruang bilik kuliah dan kawasan riadah.