Pada 8 Februari 2025, Komuniti Madani Kuala Kurau B telah hadir bagi sesi pengenalan dan perkhidmatan yang ada di NADI. Untuk sesi permulaan ini lebih kepada pengenalan dan bersua kenal. Namun, sesi seterusnya pihak NADI akan membimbing Komuniti Madani melalui kelas-kelas yang akan dijalankan di NADI.
NADI sangat mengalu-alukan program seperti ini yang mana ia dapat membantu komuniti setempat dalam meningkatkan kemahiran diri, peka akan kesihatan kendiri, kesedaran dan menambah ilmu pengetahuan. Melalui Komuniti Madani, NADI amat berharap segala maklumat yang disampaikan dapat disebarkan ke semua kampung-kampung agar semua perkhidmatan yang disediakan di NADI dapat digunakan dan menjadi manfaat buat semua.