Program kesedaran terhadap penggunaan internet berlebihan dikalangan kanak-kanak. Memberi pendedahan akan kesan buruk terhadap penggunaan internet secara berlebihan.
Aktiviti
i) Pengenalan PEDi dan Apa itu Program Klik Dengan Bijak(KDB)
ii) Penerangan mengenai penggunaan internet secara berlebihan dan tayangan video kesedaran.
iii) Aktiviti menjawab soalan dan peserta diberi sedikit saguhati.
Terima kasih kepada semua warga SK Kuala Kurau yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Program ini dijalankan dengan kerjasama semua PEDi daerah Kerian.