mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat(KIS) SK Matang Gerdu

19 November 2025

Kempen Internet Selamat(KIS) di SK Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak. Anggaran seramai 200 orang murid tahap 2, iaitu Darjah 4 dan Darjah 5 terlibat secara langsung bagi sesi Modul Ringkasan KIS sekolah rendah.

Kempen ini menekankan tahap umur bagi penggunaan media sosial dan bahayanya internet jika tanpa kawalan. Selain itu, turut diadakan kuiz interaktif bersama pelajar bagi mengekalkan fokus mereka sepanjang kempen ini berlangsung.

NADI Taman Kurau Lestari mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SK Matang Gerdu kerana sudi menerima NADI dan sekaligus menjayakan Kempen Internet Selamat di sekolah ini.