15 dan 16 November 2025. NADI dijemput sebagai pencerah berkaitan ICT dan isu semasa keselamatan dalam talian di Program “jelajah Teluk Senangin” Kem ICT & Jati Diri. Program ini dianjurkan oleh NGO Kuala Kurau, Perak bersama agensi.
Slot kem ini selama 2 hari yang mana dipenuhi dengan pelbagai aktivti antaranya, pada hari pertama peserta terlibat dengan acara sukaneka bagi memupuk semangat jati diri dalam menghadapi cabaran. Slot NADI bermula dengan Explorace ICT, pengenalan Cybersecurity dan slot ICT.
Program selama 2 harini dilihat sangat memberi impak positif kepada para peserta. Peserta yang hadir amat berpuas hati dengan tentatif yang dijalankan serta menepati objektif program ini.





