BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Zakaria @ Lokman Bin Othman |
Umur | : 68 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En. Zakaria adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke Mini PI KCC bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, En. Zakaria tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, En. Zakaria telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.