Bazar ini bertujuan menyokong usahawan tempatan dengan menyediakan platform jualan di NADI sempena Aidilfitri. Pelbagai produk usahawan berjaya dikumpul antaranya pelabagai kuih raya, ketupat frozen, sampul raya, rempah masakan instant dan ikan pekasam tersedia untuk semua pelanggan.
Selain julana bazar raya, turut diselitkan aktiviti tambahan iaitu kelas keusahawanan, mewarna kana-kanak dan pertandingan BMI terbaik.
Terima kasih kepada semua pengunjung Bazar Raya NADI 2026 kerana menyokong produk tempatan. Tidak lupa juga kepada semua perserta kelas dan aktiviti. Selamat Hari Raya Aidilfiri 1447H.
