mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Ban Pecah Tanjung Piandang

Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang ini merupakan salah satu destinasi popular bagi kaki pancing dan juga lokasi menarik jurugambar perkahwinan kerana pemandangan laut yang sangat cantik terutamanya sewaktu matahari terbenam.Tahukah anda lokasi yang menjadi pilihan keluarga bersantai pada hujung minggu ini rupa-rupanya mempunyai sejarah yang tersendiri.

Pantai unik ini menerima ramai pengunjung hampir setiap hari. Menurut penduduk tempatan, kawasan tersebut merupakan kawasan penanaman sawah padi yang subur pada sekitar tahun 1960-an. Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.