KEMAS NEGERI PERAK
TAHUN 2025
6, 7 dan 8 Mei 2025 KEMAS Daerah Kerian telah mengajurkan satu program keusahawanan bersama usahawan KEMAS Daerah. Program keusahawanan ini menekankan teknik pemasaran produk, pengiklanan, pematuhan syarikat, pendaftaran syarikat dan pengurusan kewangan syarikat.
Program Pakej Latihan Keusahawanan selama tiga hari ini melibatkan peserta seramai 20 orang yang terdiri daripada usahawan pelbagai latarbelakang sekitar Daerah Kerian, Perak.
Terima kasih KEMAS Daerah Kerian di bawah seliaan Puan Che Maznah Binti Mohd Yusof selaku Pegawai KEMAS Daerah Kerian dan diiringi cikgu-cikgu KEMAS dalam menjayakan program ini. Turut sama terlibat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) dan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).


