Lokasinya terletak antara dua negeri iaitu bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah. Ia menjadi mercu tanda di Parit Buntar, Menara Jam Besar ini berjaya menarik pelancong untuk singgah sebagai lokasi bersejarah yang menarik. Menara Jam Besar ini juga mempunyai rupa dan warna yang cantik. Pemandangan bertambah cantik lagi apabila menjelang hari malam. Bagi sesetengah pengujung, di sini juga dijadikan tempat bersantai bersama.
Pasar malam berdekatan dibuka setiap hari Jumaat dan menjual pelbagai jenis makanan menambah lagi tarikan di Menara Jam Besar ini untuk dikunjungi. Di sekeliling Menara Jam Besar ini juga adalah sebuah bandar yang lengkap dengan semua fasiliti seperti stadium, taman, klinik, kuil dan tempat penginapan. Berkunjung ke sini mungkin tidak akan menyusahkan anda langsung.
Sumber : Majlis Daerah Kerian (MDK)
