Program Bersama PPK Kuala Kurau
26 Jun 2026
Berlangsung Program Bijak Dengan Ai : Memperkasa Kepimpinan Peladang bagi Pertubuhan Peladang dan Kawasan Kuala Kurau, Perak. Program ini melibatkan serai 60 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua unit dan peladangnita kawasan Kuala Kurau.
NADI diberi kepercayaan berkongsi ilmu kepada peserta berkaitan Ai dalam kehidupan seharian. Topik ini menekankan bagaimana teknologi Ai dapat membantu manusia serta penyalahgunaan teknologi Ai. Contoh yang mudah, bagi pertanian padi Ai boleh digunakan dalam mencari maklumat, memberi pandangan dan penyelesaian bagi masalah serangan penyakit kepada tanaman padi.
Terima kasih kepada pengurusan PPK Simpang Tiga Kuala Kurau kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada NADI bagi menjayakan program ini selaku penceramah.


