mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat(KIS) SMK Alang Iskandar

24 November 2025

Kempen Internet Selamat(KIS) di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak. Anggaran seramai 300 orang murid terlibat secara langsung bagi sesi Modul Ringkasan KIS sekolah menengah.

Kempen ini memberi tumpuan kepada isu-isu seperti buli siber, penipuan dalam talian, dan kandungan berbahaya. Selain itu, turut diadakan kuiz interaktif bersama pelajar bagi mengekalkan fokus mereka sepanjang kempen ini berlangsung.

Kempen harini turut disertai oleh NADI Batu 14 Teluk Medan, NADI Kampung Titi Serong dan wakil MCMC Negeri Perak.

NADI Taman Kurau Lestari mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Alang Iskandar kerana sudi menerima NADI dan sekaligus menjayakan Kempen Internet Selamat di sekolah ini.